CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090720

perlu ke semua tuuu??,,

seperti yang dirancang, semalam saya pergilah rewang rewang makan makan kat majlis kenduri tahlil sempena menyambut Ramadhan kat umah opah huby. terlaluuuu ramai sedara mara kat sana. sesak ribut kacau bilau bila semua sedara dah berkumpul. macam biasa kat tempat tempat rewang macam ni saya akan buat kerja kerja yang patut termasuklah potong potong kuih sayur buah, cuci pinggan mangkuk, lap itu lap ini, angkat apa apa yang perlu diangkat. kerja kerja tu biasa kan? rasanya takde yang pelik pun.

dalam pada sibuk sibuk tu, biasalah bila dah duduk dengan makcik makcik, mulalah bersembang itu & ini. saya pun dah budget memang ada yang akan tanya tentang status saya sekarang ni. memang saya tak nak kecoh kecoh pun sebenarnya tapi bila dah ada yang bertanya takan saya nak tipu pulak kan? so mengaku jelah tapi jawab dalam nada & suara yang sangat slow. bukan apa. tak maulah nanti orang kata terlebih excited. nampak mengada ngada kan.

apa yang buatkan saya tak berapa nak senang bila ada dua tiga orang makcik yang dah tau ni mulalah menghalang saya nak buat itu & ini. nak basuh pinggan cawan tak boleh, berdiri lama sikit tak boleh, angkat besen besen & pinggan pun tak boleh. semuanya tak boleh. abeh saya nak kena buat apa? just duduk senang lenang sambil tengok orang buat kerja ke?? haihhh. inilah salah satu sebab kenapa saya tak suka orang tau yang saya preggie.

bukan saya tak bersyukur, saya bersyukur sangat sangattt sebab ada orang yang sudi kasihankan baby saya, ambil berat pasal baby saya. itu semua saya hargai. terima kasih sangat sangat :) tapi kan agak agak kalau saya tak preggie, ada tak orang nak kasihankan saya ekk?? haha.

terus terang, bagi jenis orang yang banyak bergerak macam saya ni akan rasa betul betul tertekan. semua benda tak boleh nak buat. berlari tak boleh, berjalan laju tak boleh, nak naik motor tak boleh. ahhh gerammm oke. semalam, macam biasa sebelum balik umah, saya akan naik basikal mak huby round round dalam seround dua kat keliling umah. tapi semalam kira macam curi curi jugaklah naik sebab mak huby dah start jerit jerit tak bagi naik! lawak gils. haha. pedulik hapa aku! heee~

tu belum part makan lagi. watevs lah. malas nak pikir. selagi saya rasa saya mampu saya akan teruskan dengan cara saya sendiri. kalau dah tak mampu nanti pandai pandailah saya bawak diri, sesuaikan dengan keadaan kan? setiap orang lain lain. ada yang tahan ada yang kurang tahan. mungkin sekarang saya masih kuat tapi mana tau dua tiga bulan lagi saya tak berapa kuat kan. tengoklah macam mana nanti.

haihhh :(


//penatokelayanorang.

17 cheesecake jujah:

kasih awana said...

biasalah tu.. org tua. mrk sygkn kamu tu. jg dr ye syg.. =)

aLiSh said...

tak tau lah...

alish rasa kalau kita dah biasa buat kerja berat.. kita dgn baby sihat buat kerja macam biasa lagi bagus... even org bugis punya pertua lagi pregnen lagi kena banyak jalan biar lahirkan anak senang... entah tgk pada individu tu punya tahap kesihatan kot kalau before this memang active dinasihatkan active seperti biasa takut kejang urat

jujahxo. said...

@ kasih : Oke Oke. i paham. tenkiu kasih! :)


@ alish : waaahhh! gils panjang lebar kO punye petua haha. kalah Orang dah kawen. heuheu ;p
btOllah banyak Orang cakap kalO banyak berjalan senang nak bersalin. thanx alish atas petua kO tu! =))

aLiSh said...

isk malu aku cam ni tau :P

jujahxo. said...

haha! nape nak malu pulak miss alish?? relaxlahhh.

euuuwwww! ;p

aLiSh said...

yelah aku tak kawin lagi aku yg lebih lebih huhuhuh

jujahxo. said...

haha! ehh mana ada camtu. kO kan perempuan jugak kan? sO kO mestilah amek tau pasal sumanya. jangan macam aku, dah terlambat haha! ;P

Anonymous said...

kak oja mmg dr sek ren mmg hyperaktif. x prnh penat. hehe..

kak oja tk cr ye!


adila

jujahxo. said...

ehh mana ada dila! penat jugak ape. tak penat tu bukan manusia Oke haha.

{ Miss Syahira } said...

hai darling..
wah seronoknya attend kenduri kenduri ni.
suka sgt makan lauk kenduri.
hehe..
kamu jaga kesihatan ye.
maklum la preggie ank sulung, semua risau ek..
be strong ok.

nakiah said...

wah! bertuahnya u sbb tak rs ape2! i kagum dgn u. mybe before2 ni u mmg a stronger woman. :)

take care jujah!

jujahxo. said...

@ cik sheera : emm memang besh kan? kenyang sentiasa haha! ;)
iA. i akan jaga kesihatan..
thanx alOt cik sheera!
u pOn jaga kesihatan jugak Oke!
sayang kamuh :))

@ cik kiah : ehh takdelah strOnger sangat cik kiah. cuma i agak aktiflahh.
tapi memang alhamdulillah lah sbb takat ni belOm rasa pape lg. hOpe akan terus camni sampai bersalin.
iA. aminnn~

baby shine said...

i loves this entry. so sweet! :)

{ Miss Syahira } said...

ja. sy tag kamu. yeay..

jujahxo. said...

@ baby : tenkiu :))

@ cik sheera : tag?? Oke. nt i check Oke ;)

Anonymous said...

derang tu bsg2 sbb sygkn ko la sengal. tu pun x suka ke? apelah minah ni.


kamal

jujahxo. said...

sapa kata tak suka?? aku sukalahh!

cuma terasa sedikit terkOngkOng bila ditahan buat itu & ini.
heh ;p