CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090512

asid folik,,

Susu baby, roti dan banyak lagi sumber makanan lain kini ditambah dengan bahan yang satu ini. Di dalam sebuah iklan susu untuk baby, ia dikatakan mampu memberi kesan 'cepat tangkap' kepada baby tersebut.


Vitamin ini dikenali sebagai ASID FOLIK. Ia adalah salah satu daripada ahli keluarga B-Kompleks yang 'bekerja' dengan vitamin B lain terutamanya vitamin B12. Namun benarkah kehebatannya mampu meningkatkan kebolehan menggunakan otak seseorang serta banyak lagi potensi asid folik yang tidak kita ketahui? Atau mungkinkah asid folik juga membawa kesan buruk terhadap sesetengah individu?


FUNGSI ASID FOLIK ;;

Asid folik penting untuk keperluan sel iaitu dengan penghasilan sel darah merah serta menjana metabolisme protein dan gula. Ia turut terlibat dalam pemindahan kod genetik kepada anak. Oleh itu, ia menjadi suatu keperluan yang sangat penting ketika tahap awal kandungan bagi memastikan perkembangan baby dalam rahim ibu berkenaan benar-benar sihat.


MAKANAN TAMBAHAN ;;

Tablet multivitamin kebiasaannya mengandungi 200 msg RDA (Recommended Daily Allowance) asid folik, yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan tubuh manusia secara purata. Individu yang berisiko mengalami kehilangan asid folik termasuklah warga tua, wanita mengandung, dan individu yang mengambil minuman beralkohol secara berlebihan. Oleh itu, mereka digalakkan mengambil antara 400-800 msg asid folik sebagai makanan tambahan harian.


BERHATI-HATI ;;

Asid folik boleh menjadi toksik dalam dos yang tinggi. Ia juga boleh menyebabkan masalah sukar tidur dan mengganggu penyerapan zink dalam tubuh. Individu dengan epilepsi (sawan), perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil tambahan asid folik memandangkan ia boleh mengganggu tindakan ubat anti-epileptic.


SUMBER ;;

Asid folik boleh ditemui dalam banyak makanan. Melalui kiraan nisbah yang mudah, tiga hidangan bijirin sarapan adalah sama untuk mengisi keperluan RDA dalam sehari. Walau bagaimanapun, ia juga sangat senang termusnah. 2/3 kandungan asid folik boleh hilang dengan mudah hanya melalui proses merebus makanan sahaja. Ini menjadikan kekurangan asid folik adalah perkara yang paling biasa sekali dalam 'dunia' vitamin.




---------------------------------------------------------------------------




PENAWAR DALAM ASID FOLIK ;;

1) Membantu Proses Pembentukan Anak,,
Asid folik amat diperlukan untuk pertumbuhan tulang belakang dan saraf tunjang ketika tiga bulan pertama baby berada di dalam kandungan. Wanita yang berhasrat untuk mengandung digalakkan mengambil asid folik sebagai makanan tambahan sebelum proses kehamilan dan berterusan sehingga 3 bulan pertama untuk mengurangkan risiko spina bifida, iaitu kecacatan sejak lahir yang mana keadaan tulang belakang yang berfungsi melindungi saraf tunjang tidak terbentuk secara sempurna.

2) Anemia,,
Asid folik sebagai makanan tambahan membantu menghasilkan sel darah merah yang sihat dan mengelakkan kepenatan serta kelesuan. Walau bagaimanapun, sukatan asid folik yang terlalu tinggi boleh ’menyembunyikan’ simptom anemia pernisius yang terhasil akibat daripada kekurangan vitamin B12, sehinggalah otak terjejas dan saraf mengalami kerosakan.

3) Osteoporosis,,
Asid folik mengekalkan kekuatan tulang dan mengelak atau melambatkan proses osteoporosis atau pereputan tulang terutamanya kepada warga tua.

4) Masalah Jantung,,
Asid folik berkemampuan untuk merendahkan tahap asid amino homosisteina iaitu sejenis bahan yang boleh merosakkan arteri dan meningkatkan risiko penyakit jantung.




------------------------------------------------------------------------




SIMPTOM KEKURANGAN ASID FOLIK ;;

* anemia (kekurangan darah)
* bibir kering dan pecah
* tekanan
* tidak bertenaga
* kurang selera makan




FUNGSI ASAS ;;

* menghalang beberapa siri kecacatan sejak lahir
* membantu mencegah anemia
* mengekalkan kesihatan badan
* berpotensi mengurangkan risiko sakit jantung




ASID FOLIK BOLEH DIDAPATI DALAM ;;

* hati
* pisang
* avokado
* kekacang
* bijirin sarapan
* butiran gandum
* black-eyed beans
* sayuran hijau (bayam, brokoli)



*yang penting,, asid folik sangat penting untuk IBU MENGANDUNG andd BABY*





nOtakaki; sekarang,, aku dah mula amek asid folik ini as my ’makanan tambahan’. Sekiann terima kasihhh




0 cheesecake jujah: