CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090518

mencari cinta,,

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya…


Pelajar :
Guru,, apakah erti cinta..?? Bagaimanakah saya bOleh mendapatkannya..??

Guru :
Ada sebuah ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. Kemudian,, ambillah satu ranting. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.


Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan kOsOng.


Guru :
Mengapa kamu tidak membawa sebarang ranting pun..?

Pelajar :
Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja,, dan sewaktu berjalan, saya tidak bOleh mengundur ke belakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti.. maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Guru :
Yee.. itulah cinta..!


Pada hari lainnya,, pelajar bertanya lagi kepada gurunya tentang perkahwinan.


Pelajar :
Apakah itu perkahwinan..?

Guru :
Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlahh kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur ke belakang. Tebanglahh sepohon pokok saja. Dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi,, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.


Pelajar tersebut pun berjalan,, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka, gurunya pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Guru :
Mengapa kamu memotong pohon seperti ini...??

Pelajar :
Sebab,, berdasarkan pengalamanku sebelum ini,, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa ke sini. Pada pandangan saya,, ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Guru :
Maka,, itulah perkahwinan.....



(gambar hiasan - mr.madet n mrs.jujah)



.
.
.
.
.
.

kesimpulannya,, janganlah terlalu memilih. sebab tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

jadi,, kalO dah jumpa mana mana yang berkenan di hati tu,, laju lajulahh sambar!!
pegi bawak jumpa mak bapak, mintak izin nak kahwin dengan dia Oke.




anyway,, bulan 6 ni, ramai pulak kawan kawan palapes aku yang nak kawen.
kepada wanigemalai, ecahketOt ngan nanasalji,,

SELAMAT PENGANTIN BARU OKE!

OOOpss,, tak lupa juga untuk yayangperlahan yang baru kawen minggu lepas nih.
moge kOrang cepat cepat dapat baby yaaa.. :)


0 cheesecake jujah: