CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090505

nak masak ape ek?

ape aku nak masak hari nih yek?? penin pikir. yang ade kat dalam icebOx tuh cume daging ngn udang jek. ayam, ikan, sOtOng da abeh.

enciksuami plak balek lambat hari ni. haihhh, rase malas nak masak pOn de. (jangan malasmalaslah puanjujah..)

alah, nak masak ape ni???


----------------------------------------------------------------------


mase caricari resepi tadi, ade jumpe resepi ayam masak serai. macam sedap jek. lagipOn sume bahanbahan die ade kt dapOr tuh. cume ayam jek takde. nak kuar, tatau pasar ktne. enciksuami yang salu beli. alah, tukarla ayam tuh kepada daging. kan senang.


nih resepi die.


Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil atau ikut suka masing2
6 batang serai - dititik sehingga pecah bawahnya (kalau tidak nanti serai lambat kering)
2 keping asam keping/gelugor
garam dan
kunyit secukupnya

Bahan2 kisar:
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering

cara:
1. ayam dilumur dengan garam dan kunyit
2. goreng separuh masak
3. angkat dan toskan minyaknya
4. ketepikan
5. tumiskan bahan2 kisar sehingga agak garing
6. masukkan ayam tadi bersama dengan asam keping dan serai
7. goreng sehingga serai menjadi kering
8. sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak ini menunjukkan bahawa ayam serai
masih belum siap untuk dimakan
9. setelah masak bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama2 dengan nasi putih bersama dengan
lauk pauk yang lain.





nampak menarekkan? semangat nak masak untOk enciksuami kembali naik! heuheu;p

0 cheesecake jujah: