CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090704

air masak yang menyusahkan hidup,,

am currently very very suckingss. saya kena marah ngan nurse and doc semalam. diorang kata kencing saya penuh gula. sampai dah ke tahap green colour. mula mula tu tak paham jugak. bila tanya tanya, nurse cakap green tu kiranya berisiko tinggi nak ada kencing manis time preggie! ohh sucks oke. mula mula takdelah takut sangat. boleh senyum senyum lagi, gelak gelak, siap ajak nurse tu borak borak pulak. bila tengok semua nurse yang ada kat situ dah mula bisik bisik, tunjuk tunjuk, pikir pikir, barulah saya rasa macam masalah saya ni agak berat. saya tanya nurse tu "bahaya ke kalau kencing manis time preggie?? apa risikonya ek?" nurse tu jawab "ehhh bahayalahh! ada risiko baby mati dalam perot. takpun baby lahir nanti size dia besar. awak nak macam tu??" alamakk buntang terus mata saya. bila dia tanya tanya saya terpaksa jugaklah mengaku yang saya memang tak suka minum air masak. saya tau saya akan kena marah tapi tadah jelahh. saya dah janji ngan nurse tu yang saya akan minum air masak sekurang kurangnya 8 hingga 9 gelas sehari. errkkk! memang menempah maut itu saya tau. tapi nak wat macam mana kan saya terpaksa jugak ikut kalau tak nanti saya and baby tak sihat. kesian pulak kat huby kann :(

masalahnya sekarang ni saya dah cuba untuk minum air masak tapi tak taulah kenapa sampai susah sangat nak telan. sampai kena tutup tutup hidung. boleh tak macam tu?? emm memang dari kecik sebenarnya saya tak biasa minum air masak. kembar saya cik jujiegediks pun macam tu. bukan tak penah dilatih, ibu and ayah dah banyak kali suruh minum air masak tapi kami buat tak paham jee. ingat lagi dulu time skola, ibu ada bawakkan air masak. tapi kami senyap senyap masuk dapur pergi bubuh gula dalam air masak kami pastu goncang. haha. nampak memang macam air masak tapi sekali rasa fuhhh manisss! dannn sedap. ehehh;p macam macam kami bagi alasan supaya ibu andd ayah tak paksa kami minum air masak. watevs.

masa skola dulu kami memang aktif sangat main netbol. so ibu jadikan alasan kata air masak tu penting untuk ganti balik peluh peluh yang dah keluar tu. tapi kami bagi alasan emm yang air manis tu adalah tenaga. tanpa tenaga badan kita memang tak kuat dan tak cergas. boleh kalah kalau bertanding nanti. so nak tak nak ibu layankann jugak. heuheu;p

semalam bila saya tengok tengok balik jumlah air masak yang saya minum masih lagi belum capai tahap yang bagus. rasanya 2 gelas pun tak cecah kot. uhhh? abeh macam mana ni? sebab air masak ni kan saya rasa hidup saya sempit. pikiran saya serabut, bercelaru. mana taknya, baru minum seteguk dah rasa kenyang. kenyang yang amat tau tak. kadang kadang tu rasa kembung pun ada jugak. haihhh kalo hari hari kena minum air masak sampai kembung alamat jadi kataklah saya. yelah, katak kan perut dia kembung kan kan? eeeiii.. dahlah saya tak suka katak. saya tak mahu jadi macam si katak yang kembung perutnya tuu. sebab air masak ni jugak saya tak dapat minum susu sebab dah terlampau kenyang. bukan susu je, makanan makanan lain pun saya dah tak bernafsu nak makan. berat kalau macam ni. ubat lagi saya nak kena makan. ubat tu pulak boleh nak mengada ngada. tak boleh dimakan ngan air kopi, air teh, air oren, air susu atau apa apa jenis air manis yang lain. ubat tu hanya boleh dimakan ngan air masak atau jus buah yang kita perah sendiri. haaa tak mengada ngada ke tu?? gediks kan?

macam macam persoalan timbul dalam pikiran saya sekarang ni. punyalah nak skip skip minum air masak macam macam benda saya buat. tapi tetap sama macam tu jugak. ya Allah tak taulah kenapa sampai saya geli sangat nak minum air masak pun saya tak tau. kalau minum air masak yang baru keluar dari icebox tu kira okelah jugak. tu pun kena dalam botol tak boleh dalam cawan. kalau dalam cawan alamat tak tertelanlah air tu :( macam mana ye?? semalam ada tanya kat cik gediks saya cik pnut. dia asiklah bising bising suruh saya minum air masak yang biasa sebab air masak tu tak sama kandungannya dengan yang sejuk. alamak lagilah pulak. emm biar jelah. setakat ni saya larat nak minum yang sejuk nak buat macam mana kan? (jangan marah aku pnut!) ni baru tadi ni si mummy uyul mesej saya tanya dah minum air masak belum. alaaa pagi pagi dah tanya soalan maut ni! peninglaaaa.

emm kepada kawan kawan yang baca entry saya kali ni ada tak yang sependapat ngan saya?? kalau ada jomlah kita kongsi pendapat. susahlah bincang ngan orang yang tak sependapat ngan kita ni haha. semuanya asik kita yang salah. tak adil kan kan? euuwww;p




//sayakenastopsekarang.nakkenapergiminumairmasakni.kenapaksadiridarisekarangkalaunaksihatpahamtakjujah?haha.sajanaksedapkanhatisendiri.watevs;)




13 cheesecake jujah:

Anonymous said...

why awak x suka air masak? sedap ape!

-Mr.FiQ & Mrs. FiQ- said...

ni yg nak mara nih... degil betul ummi jujah ni..... sayang baby x????
kene gak pakse menum ja.... sian kt baby...... sian sgt2.......

jujahxo. said...

@ anonymous : sedap ke?? sebab sebab sy tak suka air masak ada dinyatakan dalam entry. tq.


@ mummy uyul : haha. kO ni lucu betOllah ul. mestilah aku sayang baby aku!

tapi air masak ni menyebabkan jiwa aku betOl betOl kacau tau tak. haihhh. benci menyampah. euwww;p

kasih awana said...

alahai jujah.. sbb air masak je hidup awk x menentu ye? think +ve. air masak baik utk ur healthy. also ur baby healthy. jgn risau. try slow2. 1 hari 1 gelas. nnt lm2 dptlah 8 gelas 1 hari. u must try. be strong jujah! =)

jujahxo. said...

haha. berbisa sungguh kata katamu itu wahai kasih.. haha;p

yelaaa ni tgh berpikiran +ve lah ni. tgh berusaha keraslah ni. iA. tak lama lagi akan berjayalah nanti. heuheu;p

emm thanx alOt ek kasih! :)

{ Miss Syahira } said...

assalamualaikum.

adoi.. kesian kamu.
kena set dlm minda yg air masak tu best! baru boleh telan kot. pastu masa minum tu jangan la pikir, ouh sy sedang minum air masak. buat-buat leka la.. sambil blogging je minum. kena stand by dalam bilik tidur, dapur, ruang tamu dan kalau boleh kat meja komputer pun mesti ada air masak.. insya Allah, lama-lama akan ok.. kena la berkorban utk baby kan.. chaiyok!! chaiyok! sy sukaaa air masak.

shida said...

oja,
shida pun x suka minum air masak..
tp..
oja skrg kene la minum air masak banyak..
sian oja..
sian baby..

shida said...

oja,
shida pun x suke minum air masak..
tp situasi shida lain dgn oja skrg..
oja kene minum air masak..
sian oja nnt..
sian baby nnt..

ama said...

salam ja..urm, sy rase kmu x suke minum sbb mungkin rase air tu cm payau2 sket kan...pe kate try minum, mineral water.mineral water, sedap sket rasenyer..huhu..

ama said...

salam ja...urm, i think..better u change tajuk dia..jadi>> air masak yang menyelamatkan hidup..amacam?

jujahxo. said...

@ cik sheera : alamak aihhh. sume tempat kena letak air masak ke?? Ohh sucks! ;p napelah dari dOlu i degil kan? kalOlah dari kecik dah biasa minum air masak,, kOmpem tak jd gini. apepOn,, thanx cik sheera cOz ur suggestiOn! ;)


@ shida : heyyy shida! tak sangka jumpe u dalam blOg eh! hmm yalah kan. sian kt baby andd sian kt i jugak. sO nk taknak kena jugaklah telan air masak tu kan. Oke =)


@ cik semOt : aikk bukan mineral water ngn air masak tu sama je ke rasa dia?? i rasa mcm sama jek! haha. sesungguhnya rasa dia mmg payau. u sndri pOn akuinya kan? hishh geram je rasa. tym minum tu kan rasa mcm nk curi curi bubuh gula je dalam tu haha.

nk kena tukar tajuk ke?? air masak yang menyelamatkan hidup?? Ohhh tidak sesekali!!

psstt cik semOt,, esOk i ngn Oji plan nk g mkn charkueytiOw ngn u and jOha tau! ;)

Anonymous said...

akalah.. tahape2 tah ko ni jah. air masak pn takut! pesal? bkn ade ape pn dgn air masak tu. telan jelah.


kamal

jujahxo. said...

masalahnye aku tak bese! kalO dah bese takpe. aku bOleh je telan. uhhh!