CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090705

sumpah takde mood dalam semua hal,,

tiba tiba terasa kehilangan. sunyi. sepi. hening. tambah pulak waktu tengah senja senja ni. hati makin tak keruan. risau. bimbang. runsing. sedih pulak terlebih lebih. sebelum ni memang dah tau huby akan pergi tinggalkan saya lebih kurang 5 hari 4 malam. atas urusan kerja. bawak budak budak pergi rombongan sekolah. memang sedih tapi bila pikir pikir balik cik jujiegediks akan datang temankan saya,, saya rasa happy pulak. konon kononnya tak terasalah pemergian huby ni. tapi sekarang saya betul betul rasa kehilangan :'( mungkin sebab huby tinggalkan saya pada waktu senja macam ni. memang emosi tak keruanlah kan. banyak setan. dulu pun saya selalu nangis nangis waktu senja macam nilah kalau dah tak tahan rindu kat ibu ayah. sekarang jadi lagi.

baru saya sedar yang saya sebenarnya sangat sangat perlukan huby disisi saya. juga dalam hidup saya. saya cuba untuk tenang,, buat buat sibuk kemas rumah,, vacuum,, mop lantai,, cuci tandas. kononnya tak naklah teringat ingat sangat kat huby. tapi... semuanya cuma alasan nak sedapkan hati sendiri. dalam hati hakikatnya Tuhan saja yang tahu. dengan air mata yang berjurai jurai haha. mengada ngada kan?

mungkin ramai yang kata saya manja,, mengada ngada. baru berenggang kejap dah nangis. ya memang. saya tak kuat tanpa huby. huby saya adalah kekuatan saya. huby saya adalah segala galanya bagi saya. kenapa?? tak puas hati ke?? pedulikanlah apa orang nak cakap. dulu masa huby kerja engineer huby selalu tinggalkan saya. saya sangat paham. sebab memang itu tugas huby. kena pergi site yang entah kat mana mana. walaupun ditinggal berhari hari saya tak kisah. tapi dulu lain. masa tu saya belum ada apa apa ikatan lagi ngan huby. jangan kata wify,, tunang pun belum lagi. lagipun masa tu kawan kawan ramai ada kat keliling. sekarang?? saya sorang sorang je kat umah ni. mestilah sunyi kan? ingat bila dah jadi cikgu,, takdelah huby tinggal tinggal saya lagi. emm rupanya makin kerap kena tinggal haha.

entahlah tiba tiba rasa macam berat nak bagi huby pergi kali ni. alaaa bukannya jauh pun kawasan perak ni je. tapi hati tetap gediks nak sedih sedih. heuheu ;p mungkin sebab keadaan kesihatan saya yang kerap tak berapa nak oke sejak akhir akhir ni buatkan saya rasa saya sangat sangat perlukan huby disisi. dengan cirit birit yang belum sembuh sepenuhnya,, saya rasa betul betul tak larat. tambah pulak ngan keadaan saya yang cepat letih sejak akhir akhir ni. memang terasa sangat sangat. haihh.

sekarang saya lapar. kalau lapar biasanya saya akan masak sebab saya tau huby jugak akan lapar macam saya. then kami akan makan sama sama. sejak kawen sampailah ni,, saya tak akan makan kalau huby tak bacakan doa makan untuk saya. sekali lagi saya mengada ngada saya tau. kalau tak pun,, huby akan ajak saya keluar makan. tapi malam ni?? sape nak ajak saya makan? sape nak temankan saya makan? dan nampaknya saya kena baca doa makan sendiri. emm kadang kadang tu kalau jauh saya akan call huby mintak huby bacakan doa untuk saya haha.

saya tau huby pun sedih nak tinggalkan saya dalam keadaan saya yang macam ni sekarang. tapi saya dah yakinkan huby yang saya oke. saya sihat. cuma tadi huby pesan jangan keluar jauh jauh sangat. dan kalau boleh jangan drive. kalau macam ni saya kena mintak cik jujiegediks drivelah nampaknyaaa ;) waahh memang ditunggu tunggu haha.

apa yang saya harap sekarang ni,, kesihatan saya akan oke sepanjang ketiadaan huby. saya harap saya akan kuat. esok tengah hari cik jujiegediks akan sampai. saya tau tak lama dah lagi. cuma tinggal berapa jam je lagi kan. hati pulak janganlah asik sedih sedih saje yeee. kesianlah kat i ni haaa. saya doakan huby sentiasa dilindungi Allah. semoga perjalanan huby akan selamat pergi dan balik. saya akan tetap sabar tunggu kepulangan huby saya. huby dijangka akan balik khamis ni. emm jumaat pulak kami akan ke kuantan. ada majlis kawen jani hari sabtu tu. saya sungguh tak sabarrr nk tunggu oke!

sudahlah. saya nak tengok tv. jangan lupa lirik. alamakk,, huby suka tengok rancangan ni pulak tu! arghh. watevs.



//kepadahati&semangat,tolongjadikuatoke.kepadahubypulak,tolonglahhjagadirielokelok.isayangkatusangatsangat.muackss.xoxo :)



10 cheesecake jujah:

Anonymous said...

alah syahdunya... taulah dah kwen. nak romantik2 plk. hahahha! ;p
jgn mrh jah. aku gurau je...


kamal

cik syahira said...

assalamualaikum darling.

be strong ok.
ouh kamu sgt manja la.
suka..suka.
sy pun rindu dengan sweetheart.
mgu depan plan nk jmpa.
harap-harap jadi la.
o_O

jujahxo. said...

elehhh. jelesh ke?? mmg dah kawen. kalO dah kawen tak salah nk rOmantik rOmantik kan kann??

bluekkkk!!! ;p

jujahxo. said...

heyy cik sheera. u nk jumpa ur sweetheart ke?? waaahh beshlah! bOleh jalan jalan makan makan bOrak bOrak. sukaaanyaa!

i arap plan u all akan menjadi kenyataan. aminnn =)

nakiah said...

jujah tinggal sorang ke ni? ur huby g mane? rombongan kemana? knp lame sgt? i hope u kuat! xpe pjm celik dah smpi hr kmis dah... =)

jujahxo. said...

yup! skang i tinggal sOrang sOrang kt umah ni. tp tengahari ni my twin sampai! happy.. ;)

madet dia bawak budak skOla dia g rOmbOngan ke kawasan perak. tp derang stay kt sri malaysia,, ipOh.

thanx ek cik kiah. i pOn arap sangat i akan kuat! yeayyy!! =)

dAdDy & mUmMy said...

bagusnyer puan jujah ni... ngemop2 lantai ye.. vakum2 ye.... DEGIL... ni yg nak marah ni.... ingat2 sket awak tu berbadan dua ye.....

jujahxo. said...

alaaa.. i bukan buat apepOn.. sume tu i buat relaks relaks je. takde apelah. jangan risO Oke! hehehh;p

kasih awana said...

betullah kata cik syahira tu. jujah mmg manja sgt kan. tp xpe jujah. manja dgn suami xpe kan. pedulikan org nak kate ape =)

jujahxo. said...

waaahhh time kasih sbb menyOkOng i n cik sheera! sukaaaa! euwww;p