CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20090714

merancang anak,,

sebelum saya kawen dulu, orang orang tua yang prihatin yang ada kat keliling saya selalu nasihatkan saya supaya jangan merancang anak pertama. bagi mereka, anak pertama itu adalah harta yang dicurahkan untuk kita dengan segala ribu ribu juta juta nikmat rezeki dari-Nya. tapi peliknya orang orang yang rapat ngan saya pulak katanya biarlah nanti nanti. tunggulah dulu. ekonomi belum stabil lagi maklumlah orang belum habis belajar kan. lagipun nampak macam belum matang pun lagi. perlu ke alasan tu sekarang? emm setiap orang ada pendapat masing masing.

jadi masa masih bertunang, saya ada bagitau huby. huby langsung tak setuju. huby kata buat apa nak rancang rancang. rezeki kalau Tuhan dah nak bagi terima jelah. huby risau makin dirancang rancang makin lambat nak dapat nanti. macam ada kawan huby yang dekat 7 tahun barulah dapat baby. jadi huby tak nak macam tu. tapi saya and huby tak naklah terlalu mengharap sampai menggunung gunung. bimbang lambat nanti kecewa pulak kan. so selalu pikir kalau ada rezeki adalah. kalau takde tu mungkin memang belum ada rezeki kita lagilah kan.

kadang kadang tu kita selalu dengar orang yang baru je kawen tapi dah terus mengandung. ehh nampak macam senang kan? tapi saya rasa tak sebenarnya. susahlah. biasalah, orang orang kat keliling akan cakap wah hebatnyaaa! baru kawen dah lekat! ada yang kata mereka memang berlumba lumba nak buktikan pada orang ramai yang mereka tu subur. heyy tu kata kata yang tak berasaslahh! tolonglahh.. perkara tu bukan jadi atas sebab seks semata mata. tapi sebenarnya perkara tu bergantung jugak pada kesuburan huby and wify itu sendiri. bagi yang ada senggugut lagilah satu perkara yang susah. macam macam risiko kan? hanya bagi mereka yang sudah bernikah and mempunyai keinginan nak anak saja yang tau perasaannya macam mana bila orang orang kat keliling mula tanya tanya "dah ada isi belum?" haihh. kadang kadang sampai tertanya tanya kenapa diorang ni yang sibuk sibuk pulak ha? agak agaknya apa perasaan orang yang dah bertahun tahun kawen tapi masih belum dikurniakan anak lagi ye? mesti sedih gils. sedangkan saya yang baru je masuk 7 bulan kawen ni pun kalau boleh nak anak cepat cepat.

entahlah,, bagi saya dapat anak seorang pun dah cukup bersyukur sangat dah. rasa dah lengkap dah hidup saya. mula mula sebelum kawen dulu memanglah pernah terpikir, susah pulak nak bawak anak berjalan jalan nanti. saya and huby ni memanglah kaki jalan. rasanya memang dari dulu lagi saya tak berapa nak suka budak budak. lagi lagi kalau saya yang kena jaga mereka waktu jalan jalan. rasa bengang je. menyampah oke. tapi tu anak orang lain kan. rasanya kalau anak sendiri oke kot! haha. boleh ke gitu? tapi tulah kan. orang kata lepas kawen lain pulak pikirannya. rasanya bagi saya lebih seronok kalau ada zuriat antara huby and wify even seorang sebagai pengukuh jambatan jiwa huby and wify. cewaah cewaahhh! ;)

lagi satu kan, banyak orang kata laki ni dia kalau dah kawen memang nak anak. tak kiralah apa jenis laki tu. panas baran ke kaki pukul ke dia memang nak anak. bila dah takde anak tu mulalah bagi alasan nak kawen lain. mengada ngada kan? kalau ada anak pun diorang ni sebenarnya masih ada peluang nak cari lain. yelah, tapi kadang kadang tu bagi sesetengah laki yang ada hati perut, dia tak sanggup nak cari lain kalau dia pikirkan anak anak. huby saya, saya tak taulah. hanya dia yang tau apa yang ada kat dalam hati dia. saya tak tau. so marilah kita berdoa dan bertawakal. haha. wow kan?


11 cheesecake jujah:

baby shine said...

sweetlah jujah ni! :)

dAdDy & mUmMy said...

haiyakkkk..mcm karangan PMR je ja... panjang lebau bercerita... seronokla anak2 ko nt dengo cerita ek... heheheh.... anyway..one nice entry.. :)

cik syahira said...

ehhehehe..
kamu suka warna apa ye?
tgh mencari2 hadiah kamu ni.

jujahxo. said...

@ baby shine : Ohh thanx baby! ;)


@ mummy uyul : hahha! macam karangan PMR ke?? nanti aku kira ada berapa patah perkataan haha!
kO ni macam tatau je aku ni kan memang suka berceritaaa.
euuuwww! ;p


@ cik sheera : Ohh i suka kalerful & berbelang belang. kalO satu satu kaler,, emm kaler cOklat atau ijau. tq :)

jujahxo. said...

Oke. aku dah kira. kurang 2 perkataan cukup 500.

ehh kalO 500 perkataan sesuai untuk karangan ape ek??

*alamak terjun lautlah cekgu BM! ;p

nakiah said...

wow jujah! mmg wow!
entry u mmg superb!
i suka ayat2 u jujah.
teruskan k?! =)

jujahxo. said...

hahhaa! Oke! heee :)

kasih awana said...

becoknya jujah hari ni ye.. ;p
tp xpe. kasih suka & setuju sgt2 dgn kata2 jujah tu. nnt klu kasih khwin pn, kasih xnk rncg ank.
hidup jujah!!! hehe

jujahxo. said...

Ohh terima kasih kerana menyOkOng sy! heee.

Anonymous said...

fuiyooo..!! semangat giler jujah! hakhak! kalo aku ada anak ke xde ke aku ttp cri laen jah! ;p


kamal

jujahxo. said...

kO tu memang! gatal! miang!