CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20091005

Ramadhan kali ini,,

alhamdulilah, sekarang ni kandungan saya dah pun mencecah 5 bulan. setakat ni memang belum ada masalah masalah besar lagi. banyak lagi pengalaman pelik yang selalunya terjadi masa tengah mengandung, yang belum saya alami lagi. mungkin bila dah masuk bulan bulan yang seterusnya baru saya akan dapat rasa kot. mudah mudahan.. yela, orang kata bukan senang nak mengandung ni. semuanya atas rezeki yang diberikan oleh Tuhan. jadi, kalau tak merasa pengalaman pengalaman tu orang kata memang rugilah kan..?

minggu lepas, doc ada tanya pada saya, "ada rasa baby gerak gerak tak??" uhhh?? saya dah menggelabah. saya laju laju cakap "takde rasa apa apa pun doc..sikit pun tak rasa. saya ada masalah ke doc??" risau sangat sangat oke. tapi doc tu cakap "ehh u jangan risaulah. u punya baby pun baru je masuk 5 bulan so itu normal kalau u belum rasa dia gerak lagi. maybe dia ada gerak, tapi pergerakan u lebih aktif dari dia, so u tak rasalah.. jangan risau. nanti masuk 22 weeks u akan rasa." ahhh saya mampu tersenyum :) tapi dalam hati memang tak boleh tipulah kan kan?? hahaha ;b

dan yang paling mengejutkan, saya punya hb darah turun. sebelum sebelum ni sentiasa 12 ke atas. tapi minggu lepas dah turun kepada 10.7.. aduhaiii lemah semangat saya. saya konpius. saya tak pernah lupa makan vitamin, sentiasa makan zat besi secukupnya setiap hari. tapi kenapa turun jugak ehh?? lagi sekali saya risau dan saya tau riak muka saya dah membuatkan doc tu gelabah haha! doc tu cakap perkara tu perkara biasa apatah lagi bila usia kandungan kita dah semakin besar. darah memang diperlukan dengan jumlah yang banyak supaya ibu & baby tak berebut rebut darah. ahhh lega :) so takpelah, saya akan berusaha lebih keras lagi untuk atasi masalah ini. moga semuanya selamat. aminnn..

saya seronok, sejak akhir akhir ni saya rasa saya semakin bahagia sangat sangat. saya sendiri tak pasti kenapa. tapi saya bersyukur sangat sangat kepada Allah atas perasaan yang indah ini. thanx God..

alhamdulillah, saya dapat berpuasa penuh pada tahun ini. yeayyy!!! saya rasa inilah kali kedua saya dapat berpuasa penuh setelah saya mencapai akil baligh. hikss;b mujurlah sepanjang puasa saya langsung takde mengalami masalah. masalah lapar tu biasalah kan.. semua orang pun lapar. dan saya juga masih dapat melakukan kerja kerja yang biasa saya lakukan pada bulan puasa sebelum sebelum ini termasuklah iron & pasang langsir, lap cermin tingkap rumah, vacum rumah, tolong ibu saya buat kek, jahit & iron baju. kerja kerja rutin lain lagilah wajib kena buat kan. so lega bila semuanya setel.. begitu jugak dengan ibadah ibadah lain, termasuklah solat terawikh & mengaji (takmo cakap banyak pasal ni nanti timbul riak pulak ;b)

okelah, rasanya untuk hari ni cukup setakat ni kot. lain kali kita jumpa lagi oke! saya nak pegi cari resepi nak masak hari ni lah! nak masak sedap sedap untuk encik madet saya. salam & daaaaa! :)

4 cheesecake jujah:

Unknown said...

salam ummi!
i'm glad to hear bout u again!
lame dah x post entry kan...
urm, msti syok dpt raye as wify kan?

jujahxo. said...

salam cik semOt !

heee~
dah tentu besh! iA taun depan kang dah ngn baby plak. heuheu;b

baby shine said...

dis year pn dh ber3 la syg. cuma x keluar je lg hehe

jujahxo. said...

haha. okies Okies ;b