CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

20091117

fasa penting mendidik anak-anak

"Tidak ada pemberian yang lebih baik daripada ibu bapa kepada anak-anak melainkan peribadi yang teratur".
Itulah maksud suatu hadis tentang peranan ibu bapa dalam membentuk keperibadian anak-anak. Dalam membentuk personaliti anak-anak, para ilmuan telah menggariskan beberapa teknik yang berkesan agar dapat diguna pakai oleh ibu bapa.

Ibu bapa hendaklah bijak menggunakan saluran komunikasi apabila berinteraksi dengan anak-anak. Tahap dan peringkat usia anak-anak adalah peringkat terpenting untuk ibu bapa menyesuaikan teknik mendidik mereka. Sebagai contoh, bagi anak-anak yang masih kecil, gaya mendidik mereka hendaklah melalui proses secara tidak langsung. Ibu bapa perlulah menunjukkan teladan yang baik dengan cara bermesra dan bermain bersama-sama dengan anak-anak. Anak-anak perlu dilayani kehendak mereka tetapi layanan tersebut hendaklah disisipkan dengan unsur-unsur nasihat.

Peribahasa yang menyatakan, "tiada harimau yang membaham anak sendiri" menunjukkan bahawa sifat tegas adalah penting untuk membentuk akhlak anak-anak. Tegas bukan bererti garang. Sebagai pemimpin dalam rumah tangga, si bapa hendaklah menetapkan doktrin yang jelas untuk dipatuhi anak-anak. Penegasan doktrin dan peraturan pula hendaklah disesuaikan dengan usia dan kemampuan anak-anak supaya mereka dapat menerima segala peraturan yang ditetapkan. Peraturan yang diberi mestilah jelas, tidak menekan, dan wujud hubungan kasih sayang. Dengan kata lain, tegas yang dimaksudkan adalah menunjukkan teladan kepada anak-anak agar ibu bapa dihormati bukan ditakuti.

Proses sosialisasi dan mobilisasi dalam pendidikan akan meningkatkan proses sosialisasi manusia. Hal yang demikian memberikan peluang kepada anak-anak memperoleh pelbagai ilmu, kemahiran, dan pengalaman. Dalam hal ini, ahli psikologi pernah menyatakan bahawa ibu bapa perlu menghormati pendapat anak-anak. Mereka perlu didekati dengan cara yang berhikmah. Ibu bapa yang bijak akan menjadikan anak-anak sebagai sumber inspirasi dan memperoleh idea yang bernas lantaran pemikiran mereka sudah matang. Pada tahap ini, anggaplah anak-anak sebagai sahabat.

Sesungguhnya, anak-anak yang baik akan menjadi cetusan hati nurani ibu bapa. Peribahasa ada menyatakan, "daripada daun kenallah buahnya" yang menunjukkan bahawa baik atau buruknya anak-anak melambangkan personaliti dan kewibawaan ibu bapa.


//berat wehh tanggungjawab ibu bapa ni. mampukah saya???

0 cheesecake jujah: